PROSES PEMBELIAN KEDAI/KILANG

     
BIL PERKARA TINDAKAN

1.

Mengenalpasti projek.

Pembeli

2. Membayar 10% daripada harga jualan.

Pembeli

3. Surat Tawaran dikeluarkan.

PKNS

4. Surat arahan kepada peguam untuk menyediakan dokumen perjanjian jualbeli.

PKNS

5. Urusan menandatangani Surat Perjanjian Jualbeli di Firma Peguam yang dilantik oleh PKNS dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh tawaran.

Pembeli

6. Mendapatkan pinjaman dari Institusi Kewangan.

Pembeli

7. Membayar harga perbezaan di antara harga jualan dengan jumlah yang diluluskan oleh pemberi pinjaman.

Pembeli

8. Menguruskan dokumantasi pinjaman.

Pembeli

9. Tuntutan bayaran daripada pembeli pinjaman.

PKNS / Pembeli

10. Urusan mendapatkan bekalan elektrik dan bekalan air.

Pembeli

  Penyerahan kunci apabila semua syarat jualan dipatuhi atau Sijil Kelayakan Menduduki telah diperolehi.

PKNS

11.

Perkara-perkara Lain:

Pembatalan Tawaran

a)       Jika sehingga 50% daripada harga beli telah dibayar, 10% daripada harga beli dipotong sebagai bayaran Pengurusan.

b)      Jika lebih daripada 50% daripada harga beli telah dibayar, 20% daripada harga beli dipotong sebagai bayaran Pengurusan.

Denda Lewat

Denda kelewatan dengan kadar 10% setahun akan dikenakan atas bayaran yang lewat diterima dari tarikh tuntutan bayaran oleh PKNS.

 

 

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :

Bahagian Perumahan,
Ibu Pejabat,
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor,
Persiaran Barat, Off Jalan Barat
46505 Petaling Jaya, Selangor


Tel : 03-7956 0406, 03-7954 3333