PEMBELIAN RUMAH
1. Apakah
kelayakan untuk membeli rumah kos rendah?
-
Syarat-syarat kelayakan
seperti berikut :
i) Calon Awam
-
Warganegara Malaysia 18
tahun ke atas
-
Berkahwin (keutamaan)
-
Pendapatan Bersama
(suami & isteri) RM2,500.00 dan ke bawah
-
Belum memiliki rumah di
Selangor/Wilayah Persekutuan
ii) Setinggan
-
Rumah setinggan telah
dibanci dan disahkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
-
Warganegara Malaysia 18
tahun ke atas
2. Berapa
lamakah “waiting list” untuk membeli rumah PKNS?
-
Tiada “waiting list”.
Siapa cepat dia dapat.
3.
Saya bukan anak Selangor, bolehkah saya membeli rumah
PKNS?
-
Semua warganegara
Malaysia layak membeli
4.
Saya bukan Bumiputera, bolehkah saya membeli rumah PKNS?
- Tiada halangan kerana PKNS telah
memperuntukkan kuota untuk
Bukan Bumiputera.
5.
Bagaimanakah saya ingin mendapatkan pinjaman?
- Boleh berhubung dengan
mana-mana bank tertakluk kepada syarat-syarat
bank. PKNS juga mempunyai senarai panel
bank yang boleh dipertimbangkan oleh pelanggan.
6.
Bagaimanakah caranya membeli rumah di projek penswastaan
PKNS?
- Boleh berhubung terus dengan
syarikat-syarikat penswastaan yang berkenaan.
7.
Bolehkah projek penswastaan PKNS dipercayai?
- PKNS sentiasa memantau perkembangan projek
penswastaan PKNS dari semasa ke semasa bagi memastikan
perancangan pembangunan dilaksanakan seperti yang
ditetapkan.
9. Bolehkah
saya menjual semula rumah PKNS yang saya beli?
-
Tiada halangan tetapi
perlu maklumkan kepada PKNS selepas jualan.
10. Saya
berminat membeli rumah di Bangi, bolehkah saya berurusan
di mana-mana
pejabat
jualan.
- Dalam keadaan biasa, bagi memudahkan
pembeli mendapatkan maklumat yang lebih lengkap adalah
digalakkan pembeli membuat urusan pembelian di Jabatan
Kemajuan Bangi. Bagaimanapun, PKNS juga turut
mengadakan promosi jualan dari semasa ke semasa dan
pembeli boleh menguruskan pembelian di booth jualan
promosi tersebut.
11. Saya sudah
membeli satu unit rumah PKNS. Bolehkah saya membeli
lagi?
- Boleh, sekiranya masih
terdapat kekosongan.
|