SOALAN – SOALAN LAZIM

HAK MILIK INDIVIDU/HAK MILIK STRATA

 
1.         Berapa lamakah saya perlu menunggu untuk mendapatkan Hakmilik Individu rumah saya?

            -           Minimum 18 bulan dan maksimum dua (2) tahun tertakluk kepada Pejabat Tanah daripad tarikh permohonan
                        dikemukakan. 

                        Setelah hakmilik (geran) didaftarkan, urusan pindahmilik memakan masa anggaran 3 hingga 6 bulan dari
                       tarikh pembeli menandatangani Suratcara Pindahmilik (Borang 14A, KTN) sehingga nama pembeli
                      didaftarkan pada suratan hakmilik asal oleh Pejabat Tanah.

                      Pembeli perlu memastikan bayaran guaman, duti setem, pendaftaran, bayaran pelbagai serta cukai pintu/tanah
                      bagi tahun semasa disempurnakan bagi melancarkan proses pindahmilik.

 

2.         Apa perlu saya buat setelah Suratan Hakmilik Individu/Hakmilik Strata dikeluarkan?

-          Sebaik menerima suratan hakmilik daripada Pejabat Tanah/Daerah, PKNS akan mengedar surat arahan pindahmilik kepada pembeli
di kawasan tersebut.

 

           Sebaik menerima surat arahan daripada PKNS, pembeli perlu menandatangani surat cara pindahmilik
(Borang 14A) di pejabat peguam dan pastikan bayaran guaman, duti setem pendaftaran, bayaran pelbagai serta cukai pintu/tanah telah dijelaskan bagi tahun semasa.  Bayaran duti setem adalah berubah mengikut harga semasa harta.

 

            Jika pindah milik tidak diuruskan, geran akan kekal dalam simpanan PKNS sehingga pindahmilik didaftarkan atas nama pembeli. 
Walau bagaimanapun pembeli adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran cukai tanah/pintu bagi hartanah tersebut.