SOALAN – SOALAN LAZIM

SOALAN UMUM

1.         Apakah peranan PKNS?

-           PKNS berperanan sebagai pencetus dan pengimbang pembangunan
di Negeri Selangor menerusi penerokaan dan pewujudan peluang-peluang bagi menangani cabaran pembangunan fizikal dan insan melalui program jangka panjang.  Ini sejajar dengan misi dan wawasan PKNS untuk meningkatkan taraf hidup yang tinggi berbentuk kemakmuran dan kesejahteraan dalam membina satu wawasan yang disegani.

 

2.         Adakah PKNS mengamalkan konsep “bina sebelum jual”?

-                     Ya

 

3.         Apakah kemudahan awam yang ditawarkan oleh PKNS?

-           PKNS menyediakan semua kemudahan awam di projek-projek PKNS iaitu seperti tapak-tapak untuk sekolah, surau, tadika, taman permainan
kanak-kanak, balai polis dan lain-lain kemudahan  yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan

 

4.         Di manakah pusat-pusat pertumbuhan baru PKNS?

-           Terdapat sepuluh (10) pusat pertumbuhan baru PKNS iaitu di Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi, Ampang Ulu Klang, Kelana Jaya, Bandar Sultan Suleiman, Kota Damansara, Kota  Puteri, Antara Gapi dan Bernam Jaya

 

5.         Adakah harga rumah PKNS murah?

-           Ya, secara umumnya memang murah berbanding dengan lain-lain pemaju.  Sebagai Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor, harga jualan hartanah PKNS sentiasa dikawal oleh Kerajaan Negeri.